Skip to content

Seksyen 12

Memanggil mesyuarat pemiutang

of Kaedah-Kaedah Insolvensi (Perkiraan Sukarela) 2017

P.U. (A)In forceProvision 12 of 22
Seksyen 12

(1)

Penama, selepas menyediakan cadangan penghutang di bawah kaedah 11, hendaklah memanggil mesyuarat pemiutang dalam tempoh empat belas hari.

(2)

Notis mesyuarat pemiutang di bawah subkaedah (1) hendaklah dibuat dalam Borang 10 dan dihantar kepada semua pemiutang yang dinyatakan dalam pernyataan hal ehwal penghutang.

P.U. (A) 304 6

(3)

Tiap-tiap notis memanggil mesyuarat di bawah subkaedah (1) hendaklah disertai dengan—

(a)

proksi sebagaimana dalam Borang 11;

(b)

suatu salinan cadangan penghutang; dan

(c)

suatu salinan pernyataan hal ehwal atau jika penama fikirkan sesuai, satu ringkasan pernyataan hal ehwal yang hendaklah termasuklah satu senarai pemiutang dan amaun hutang.