Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH KENDERAAN MOTOR (TIMBANG) (PINDAAN) 2026

Seksyen 2

Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Timbang) 1990 [P.U. (A) 466/1990], yang disebut “Kaedah-Kaedah ibu” dalam Kaedah-Kaedah ini, dipinda dalam kaedah 2, dengan menggantikan takrif “sistem penimbang semasa bergerak elektronik atau berkomputer” dengan takrif yang berikut:

‘“sistem penimbang semasa bergerak elektronik atau berkomputer”

ertinya suatu alat timbang atau sukat elektronik atau berkomputer yang digunakan untuk menimbang, mengenal pasti dan merekodkan berat dengan muatan suatu kenderaan motor semasa kenderaan motor itu sedang bergerak di atas jalan;’.

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH KENDERAAN MOTOR (TIMBANG) (PINDAAN) 2026