Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(1)
Jika dalam apa-apa kausa atau perkara yang berhubungan dengan apa-apa harta tak alih yang ternyata perlu atau suai manfaat bagi maksud kausa atau perkara harta tak alih atau mana-mana bahagiannya yang patut dijual,
Mahkamah boleh memerintahkan agar jualan hendaklah melalui
Sistem e-Lelong.
(2)
Mana-mana pihak yang terikat dengan perintah Mahkamah di bawah subkaedah (1) dan harta tak alih atau sebahagian daripada harta tak alih itu dalam milikannya, atau dalam menerima sewa dan keuntungannya, boleh dipaksa untuk menyerahkan milikan itu atau penerimaan kepada pembeli atau kepada mana-mana orang lain sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah.
(3)
Jika perintah Mahkamah dibuat, sama ada di dalam Mahkamah atau di dalam Kamar, memerintahkan mana-mana harta tak alih dijual,
Mahkamah boleh memerintahkan harta tak alih itu dijual dalam apa-apa cara sebagaimana yang boleh diperintahkan atau diarahkan kemudiannya oleh
Mahkamah bagi harga terbaik yang boleh didapatkan, dan semua pihak yang patut hendaklah menyertai dalam penjualan dan pemindahhakan sebagaimana yang diperintahkan atau diarahkan oleh Mahkamah.
P.U. (A) 24 10
(4)
Tanpa menjejaskan keluasan perkataan jualan harta tak alih melalui Sistem e-Lelong, Mahkamah boleh memberikan apa-apa perintah atau arahan sebagaimana yang difikirkannya patut untuk melaksanakan jualan itu, termasuk ─
(a)
menetapkan cara jualan;
(b)
menetapkan harga rizab atau harga minimum;
(c)
menghendaki pembayaran wang belian ke dalam
Mahkamah atau kepada pemegang amanah atau orang lain;
(d)
menyelesaikan butir-butir dan syarat jualan;
(e)
mendapatkan keterangan tentang nilai harta; dan
(f)
menghendaki hakmilik yang dirujuk kepada peguam untuk pendapatnya mengenai hakmilik itu dan menyelesaikan butir-butir dan syarat jualan.
(5)
Melainkan jika Pendaftar mengarahkan selainnya, semua jualan hendaklah dibuat melalui
Sistem e-Lelong antara jam 9.00
pagi hingga 4.00 petang dan suatu notis mengenai hari, waktu dan tempat bagi apa-apa jualan yang diniatkan hendaklah tujuh hari sebelum jualan─
(a)
dimuat naik ke laman sesawang e-Lelong; dan
(b)
diiklankan sekali dalam surat khabar tempatan dan setakat yang praktik di lokasi harta yang diniatkan untuk dijual.
(6)
Bentuk atau format apa-apa dokumen tertentu yang berkaitan dengan Sistem e-Lelong hendaklah sebagaimana yang ditetapkan dalam arahan amalan yang dikeluarkan oleh Pendaftar, dan dalam ketiadaan apa-apa
P.U. (A) 24 11
preskripsi itu hendaklah dalam borang yang ditetapkan dalam Aturan 1, kaedah 7.
Fi pelaksanaan (A.31, k.8)