Seksyen 5
Kod Pengesahan (A.31A, k.5)
of Kaedah-Kaedah Mahkamah (Pindaan) 2018
P.U. (A)In forceProvision 14 of 24
Seksyen 5
(1)
Sebelum menggunakan Sistem e-Lelong, pengguna berdaftar hendaklah memohon kepada Pendaftar untuk nama pengenalan dan kod pengesahan yang diberikan kepadanya.
(2)
Pengguna berdaftar hendaklah mendaftarkan butir-butirnya dengan Pendaftar dan mengakui secara bertulis penerimaan selamat nama pengenalan dan kod pengesahan yang diberikan kepadanya oleh Pendaftar.
P.U. (A) 24 9
(3)
Pengguna berdaftar hendaklah memaklumkan Pendaftar secara bertulis tentang apa-apa perubahan dalam butir-butirnya.