P.U. (A) · As enacted
Kaedah-Kaedah Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Penepian Fi) 2026
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Pendaftaran
Kelahiran dan Kematian (Penepian Fi) 2026.
Kaedah-Kaedah ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 5 Januari 2025.
s 2Tafsiran
Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, “bencana” ertinya suatu kejadian sebagaimana yang dinyatakan dalam Arahan NADMA No. 1: Dasar dan Mekanisme Pengurusan
Bencana Negara bertarikh 1 Ogos 2024 yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan
Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri, sebagaimana yang dipinda dan berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
s 3Penepian fi
Fi yang ditetapkan dalam butiran 7
Jadual
Kedua kepada
Kaedah-Kaedah Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 2019 [P.U. (A) 54/2019]
diketepikan berkenaan dengan permohonan yang diterima daripada mana-mana orang yang terjejas akibat bencana.
s 4Permohonan bagi penepian fi
Permohonan bagi penepian fi di bawah kaedah 3 boleh dibuat oleh mana-mana orang yang terjejas akibat bencana itu dan orang itu hendaklah—
menghadirkan diri di mana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara yang berhampiran atau menyertai Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR)
atau mana-mana program, aktiviti atau lawatan yang dilaksanakan oleh
P.U. (A) 361 3
Jabatan Pendaftaran Negara bagi membantu mana-mana orang yang terjejas akibat bencana;
mengemukakan dokumen pengenalan diri pemohon; dan
membuat permohonan dalam borang sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.
Dibuat 19 Ogos 2026
[KDN.PP.S.600-1/1/36(13); PN(PU2)274/VII]
DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL
Menteri Dalam Negeri
P.U. (A) 361 4
BIRTHS AND DEATHS REGISTRATION ACT 1957
BIRTHS AND DEATHS REGISTRATION (WAIVER OF FEE) RULES 2026