Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH PENGAMBILAN TANAH 2017

Seksyen 3

(1)

Pemohon yang membuat permohonan di bawah subkaedah 2(1)

hendaklah membayar deposit pada kadar satu ratus dua puluh lima peratus daripada nilai pasaran yang dianggarkan tanah yang hendak diambil itu, sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 3(3)(c) Akta.

(2)

Pembayaran deposit hendaklah mengikut cara yang berikut:

(a)

lima puluh peratus daripada deposit itu hendaklah dikemukakan bersama dengan permohonan; dan

(b)

tujuh puluh lima peratus baki deposit hendaklah dikemukakan semasa penyetujuterimaan terma dan syarat kelulusan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 8(2)(c) Kaedah-Kaedah ini.

(3)

Deposit di bawah subkaedah (1) hendaklah dibayar dalam bentuk draf bank.

Deposit tambahan

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH PENGAMBILAN TANAH 2017 | mylaw.my