Skip to content

Seksyen 4

Deposit tambahan

of Kaedah-Kaedah Pengambilan Tanah 2017

P.U. (A)In forceProvision 4 of 9
Seksyen 4

(1)

Deposit tambahan boleh dikenakan kepada pemohon jika pampasan yang diawardkan di bawah seksyen 14 Akta atau amaun yang dituntut oleh orang yang berkepentingan yang dibuat di hadapan Pentadbir Tanah di bawah seksyen 12 Akta lebih tinggi daripada deposit yang dibayar di bawah subkaedah 3(1).

(2)

Pentadbir Tanah boleh mengeluarkan Borang 2 Jadual Pertama yang menghendaki pemohon untuk membayar deposit tambahan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan Borang itu.