Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(1)
Unit
Perancangan
Ekonomi
Negeri atau
Jawatankuasa bagi
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur boleh menimbangkan permohonan yang disebut dalam subkaedah 5(1) berdasarkan perkara yang dinyatakan dalam subseksyen 3A(1)
Akta.
(2)
Jika terdapat kelulusan pembangunan diberikan kepada tuan punya berdaftar dan pengambilan tanah bagi maksud kegunaan awam, Unit Perancangan
Ekonomi Negeri atau Jawatankuasa bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menentukan kewajaran bagi tuan punya berdaftar untuk menyertai projek yang baginya tanah itu dicadangkan untuk diambil.
(3)
Jika Unit Perancangan Ekonomi Negeri atau Jawatankuasa bagi
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, mengikut mana-mana yang berkenaan, berpuas hati bahawa adalah wajar bagi tuan punya berdaftar untuk menyertai projek yang baginya tanah itu dicadangkan untuk diambil, ia hendaklah mengarahkan pemohon untuk berunding dengan tuan punya berdaftar dan memberikan suatu notis bertulis dalam Borang 3 Jadual Pertama kepada pemohon dalam tempoh enam minggu dari tarikh penerimaan permohonan yang disebut dalam subkaedah 5(1).
Laporan penuh perundingan