Malaysia legislation

Section 7

of KAEDAH-KAEDAH PENGAMBILAN TANAH 2017

Seksyen 7

(1)

Pemohon hendaklah memberikan suatu laporan penuh perundingan yang disebut dalam subkaedah 6(3) kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri atau

Jawatankuasa bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

P.U. (A) 372 7

(2)

Jika perundingan di bawah subkaedah 6(3) berjaya, Unit Perancangan

Ekonomi Negeri atau Jawatankuasa bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hendaklah tidak meneruskan permohonan yang disebut dalam subkaedah 5(1).

(3)

Bagi maksud subkaedah (2), Pentadbir Tanah hendaklah membayar balik amaun deposit yang telah dibayar di bawah perenggan 3(2)(a) Kaedah-Kaedah ini tanpa pembayaran apa-apa faedah dalam tempoh tiga bulan dari tarikh permintaan untuk bayaran balik deposit penuh yang dibuat oleh pemohon.

(4)

Jika perundingan di bawah subkaedah 6(3)

tidak berjaya,

Unit Perancangan Ekonomi Negeri atau Jawatankuasa bagi Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur hendaklah—

(a)

meneruskan permohonan yang disebut dalam subkaedah 5(1); dan

(b)

membuat apa-apa syor sebagaimana yang difikirkannya perlu bahawa;

(i)

tuan punya berdaftar tidak dipaksa untuk menyertai projek; dan

(ii)

Pihak Berkuasa Negeri boleh mengenakan apa-apa syarat nyata dan sekatan kepentingan ke atas tanah.

(5)

Unit

Perancangan

Ekonomi

Negeri atau

Jawatankuasa bagi

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, setelah menimbangkan permohonan yang disebut dalam subkaedah 5(1), laporan penuh perundingan di bawah subkaedah (1) dan syor di bawah perenggan (4)(b) Kaedah-Kaedah ini, hendaklah menghantar notis dalam

Borang 4 Jadual Pertama kepada Jawatankuasa Khas Pengambilan Tanah atau

Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penerimaan laporan penuh perundingan di bawah subkaedah (1).

P.U. (A) 372 8

Keputusan Pihak Berkuasa Negeri

Section 7 — KAEDAH-KAEDAH PENGAMBILAN TANAH 2017 | mylaw.my