Malaysia legislation

Section 8

of KAEDAH-KAEDAH PENGAMBILAN TANAH 2017

Seksyen 8

(1)

Pihak Berkuasa Negeri boleh meluluskan atau menolak permohonan yang dibuat di bawah subkaedah 2(1).

(2)

Jika Pihak Berkuasa Negeri meluluskan permohonan yang dibuat di bawah subkaedah 2(1)—

(a)

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberitahu Pentadbir Tanah tentang kelulusan itu dan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut;

(b)

Pentadbir Tanah hendaklah memberitahu pemohon tentang kelulusan itu dalam Borang 5 Jadual Pertama dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penerimaan kelulusan itu; dan

(c)

pemohon hendaklah menjawab kepada Pentadbir Tanah dalam tempoh masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan pemberitahuan untuk mengesahkan penyetujuterimaan terma dan syarat kelulusan itu.

(3)

Jika Pihak Berkuasa Negeri menolak permohonan yang dibuat di bawah subkaedah 2(1)—

(a)

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberitahu Pentadbir Tanah tentang penolakan itu;

(b)

Pentadbir Tanah hendaklah memberitahu pemohon tentang penolakan itu dalam Borang 6 Jadual Pertama dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penerimaan penolakan itu; dan

(c)

Pentadbir Tanah hendaklah membayar balik amaun deposit yang telah dibayar di bawah perenggan 3(2)(a) Kaedah-Kaedah ini

P.U. (A) 372 9

tanpa pembayaran apa-apa faedah kepada pemohon dalam tempoh masa tiga bulan dari tarikh penerimaan penolakan itu.

Penarikan balik permohonan

Section 8 — KAEDAH-KAEDAH PENGAMBILAN TANAH 2017 | mylaw.my