Malaysia legislation

Section 9

of KAEDAH-KAEDAH PENGAMBILAN TANAH 2017

Seksyen 9

(1)

Mana-mana pemohon boleh menarik balik permohonan bagi pengambilan mana-mana tanah, sepenuhnya atau sebahagiannya, di bawah subseksyen 3F(1) Akta dengan memberikan suatu notis secara bertulis kepada Pentadbir Tanah.

(2)

Permohonan pengambilan mana-mana tanah disifatkan sebagai ditarik balik, jika:

(a)

pemohon gagal untuk mengemukakan laporan penuh perundingan kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri atau Jawatankuasa bagi

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam Borang 3 Jadual Pertama; atau

(b)

pemohon gagal untuk mengesahkan penyetujuterimaan terma dan syarat kelulusan dalam tempoh masa yang ditetapkan di bawah perenggan 8(2)(c) Kaedah-Kaedah ini.

(3)

Jika penarikan balik permohonan di bawah subkaedah (1) dibuat sebelum penyiaran pemberitahuan di bawah seksyen 8 Akta atau permohonan yang disifatkan sebagai ditarik balik di bawah subkaedah (2) —

(a)

Pentadbir Tanah hendaklah mengenakan fi bagi penarikan balik permohonan bagi pengambilan tanah sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Kedua;

(b)

Pentadbir Tanah hendaklah memberitahu pemohon berkenaan dengan pelucuthakan deposit melalui notis dalam Borang 7