Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Jika seseorang pemegang lesen memandu selain lesen memandu percubaan telah diberikan sejumlah dua puluh atau lebih mata demerit terkumpul,
Ketua Pengarah boleh menggantung lesen memandu pemegang lesen itu.
(2)
Penggantungan lesen memandu di bawah subkaedah (1) hendaklah—
(a)
dalam hal penggantungan pertama, selama suatu tempoh yang tidak kurang daripada enam bulan tetapi tidak lebih daripada lapan bulan;
(b)
dalam hal penggantungan kedua, selama suatu tempoh yang tidak kurang daripada lapan bulan tetapi tidak lebih daripada sepuluh bulan; dan
P.U. (A) 110 4
(c)
dalam hal penggantungan ketiga atau lebih, selama suatu tempoh yang tidak kurang daripada sepuluh bulan tetapi tidak lebih daripada dua belas bulan.
(3)
Tertakluk kepada subkaedah (4), jika seorang pemegang lesen memandu yang telah diberikan mata demerit—
(a)
tidak disabitkan atas mana-mana kesalahan berjadual atau tidak dikompaun bagi mana-mana kesalahan berjadual selama tempoh dua belas bulan berturut-turut daripada tarikh terakhir orang itu melakukan suatu kesalahan berjadual; dan
(b)
telah, jika dikehendaki oleh Ketua Pengarah, menghadiri kursus pemulihan yang diluluskan oleh Ketua Pengarah,
Ketua Pengarah boleh memotong sejumlah tidak melebihi lima puluh peratus mata demerit daripada jumah mata demerit terkumpul pemegang lesen memandu itu.
(4)
Perenggan (3)(a) tidak terpakai jika pemegang lesen memandu itu melakukan mana-mana kesalahan berjadual dalam tempoh dua belas bulan berturut-turut yang disebut dalam perenggan itu tetapi dia hanya disabitkan atau dikompaun bagi kesalahan itu dan diberikan mata demerit selepas tempoh dua belas bulan berturut-turut itu.
(5)
Jika seseorang yang lesen memandunya digantung di bawah kaedah ini diberikan mata demerit bagi kesalahan berjadual yang dilakukan semasa tempoh penggantungannya, mata demerit yang diberikan—
(a)
tidak boleh diambil kira bagi maksud pembatalan mata demerit di akhir tempoh penggantungan; dan
P.U. (A) 110 5
(b)
tertakluk kepada subkaedah (6), akan, jika dikumpulkan sebanyak dua puluh mata demerit atau lebih, menjadikan lesen memandu orang itu digantung selanjutnya oleh Ketua Pengarah mengikut subkaedah (1).
(6)
Jika lesen memandu seseorang itu digantung di bawah kaedah ini untuk kali ketiga dalam tempoh lima tahun, Ketua Pengarah hendaklah membatalkan lesen memandu orang itu.
Pembatalan lesen memandu percubaan