Seksyen 8
Kesan penggantungan dan pembatalan lesen memandu
of Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Mata Demerit) 2017
(1)
Mana-mana orang yang lesen memandunya digantung di bawah
Kaedah-Kaedah ini tidak boleh memandu suatu kenderaan motor di bawah apa-apa lesen memandu, termasuk lesen memandu yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa lain, atau mendapatkan lesen memandu sepanjang tempoh penggantungannya.
(2)
Mana-mana orang yang lesen memandunya dibatalkan di bawah
Kaedah-Kaedah ini tidak boleh memandu suatu kenderaan motor di bawah apa-apa lesen memandu, termasuk lesen memandu yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa lain, atau mendapatkan lesen memandu bagi tempoh dua belas bulan dari tarikh pembatalan lesen.
(3)
Walau apa pun kaedah ini, Ketua Pengarah boleh menolak atau menggantung apa-apa urusan atau transaksi yang terpakai bagi orang itu di bawah
Akta.