Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(1)
Jika seorang pemegang lesen memandu percubaan telah diberikan dua puluh atau lebih mata demerit terkumpul, Ketua Pengarah hendaklah membatalkan lesen memandu percubaan orang itu.
(2)
Dalam hal jika seorang pemegang lesen memandu percubaan diberikan lesen memandu, apa-apa mata demerit yang diberikan kepada orang itu semasa orang itu memegang lesen memandu percubaan hendaklah kekal direkodkan atas namanya dalam daftar pemegang lesen memandu.
(3)
Jika seseorang yang telah diberi lesen memandu diberikan mata demerit bagi kesalahan berjadual yang dilakukan semasa orang itu memegang lesen memandu percubaan dan mata demerit itu akan, jika diambil kira dengan mata demerit yang diberikan semasa orang itu memegang lesen memandu percubaan, terjumlah kepada dua puluh mata demerit atau lebih, Ketua Pengarah boleh membatalkan lesen memandu yang diberikan kepada orang itu.
(4)
Jika sesuatu lesen memandu percubaan dibatalkan di bawah kaedah ini, setiap mata demerit yang diberikan kepada pemegang lesen memandu percubaan itu hendaklah dibatalkan.
P.U. (A) 110 6
Penyerahan lesen memandu