Malaysia legislation

Section 7

of KAEDAH-KAEDAH PENGANGKUTAN JALAN (MATA DEMERIT) 2017

Seksyen 7

(1)

Mana-mana orang yang menerima notis secara bertulis bagi penggantungan atau pembatalan lesen memandu di bawah subseksyen 37(1) Akta hendaklah, dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh penyampaian notis itu, menyerahkan lesen memandunya di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan atau di mana-mana tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Penggantungan dan pembatalan suatu lesen memandu hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh penyerahan lesen memandu atau di akhir tempoh dua puluh satu hari dari tarikh penyampaian notis, mengikut mana-mana yang terdahulu.

Kesan penggantungan dan pembatalan lesen memandu

Section 7 — KAEDAH-KAEDAH PENGANGKUTAN JALAN (MATA DEMERIT) 2017