Malaysia legislation

Section 9

of KAEDAH-KAEDAH PENGANGKUTAN JALAN (MATA DEMERIT) 2017

Seksyen 9

(1)

Kaedah-Kaedah

Kenderaan

Motor

(Mata

Demerit)

1997

[P.U. (A) 79/1997] (selepas ini disebut “Kaedah-Kaedah yang dibatalkan”) dibatalkan.

P.U. (A) 110 7

(2)

Apa-apa mata demerit yang diberikan di bawah Kaedah-Kaedah yang dibatalkan hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Kaedah-Kaedah ini, terbatal dan tidak boleh diambil kira dalam pengiraan mata demerit di bawah Kaedah-Kaedah ini.

(3)

Apa-apa notis penggantungan yang dihantar di bawah Kaedah-Kaedah yang dibatalkan sebelum permulaan kuat kuasa Kaedah-Kaedah ini hendaklah terbatal dan tidak boleh diambil kira dalam pengiraan penggantungan selanjutnya atau pembatalan di bawah Kaedah-Kaedah ini.

(4)

Apa-apa tempoh penggantungan di bawah Kaedah-Kaedah yang dibatalkan yang masih berkuat kuasa hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa

Kaedah-Kaedah ini, ditamatkan dan tidak boleh diambil kira dalam pengiraan penggantungan selanjutnya atau pembatalan di bawah Kaedah-Kaedah ini.

(5)

Apa-apa rekod yang dibuat di bawah Kaedah-Kaedah yang dibatalkan hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Kaedah-Kaedah ini, terus disimpan di bawah Kaedah-Kaedah ini.

P.U. (A) 110 8

Section 9 — KAEDAH-KAEDAH PENGANGKUTAN JALAN (MATA DEMERIT) 2017