Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (CARA PENDAFTARAN, JAGAAN DAN PENGAJARAN MUALAF) 2013

Seksyen 3

Tafsiran

“Akta” ertinya Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah

Persekutuan) 1993;

“Daftar Mualaf” ertinya suatu rekod yang mengandungi butir-butir orang yang telah masuk Islam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah 24;

“Jabatan” ertinya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan;

P.U. (A) 170 6

“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf yang ditubuhkan di bawah kaedah 5;

“mualaf” ertinya seseorang yang telah masuk Islam mengikut seksyen 86 Akta;

“Pendaftar Mualaf” ertinya seseorang yang telah dilantik oleh Majlis di bawah seksyen 88 Akta;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf di bawah kaedah 7;

“Perakuan Masuk Islam” ertinya suatu perakuan yang dikeluarkan kepada orang yang telah masuk Islam di bawah seksyen 90 Akta.

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (CARA PENDAFTARAN, JAGAAN DAN PENGAJARAN MUALAF) 2013