Skip to content

Seksyen 3

Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―

of Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Cara Pendaftaran, Jagaan dan Pengajaran Mualaf) 2013

P.U. (A)In forceProvision 3 of 34
Seksyen 3

“Akta” ertinya Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah

Persekutuan) 1993;

“Daftar Mualaf” ertinya suatu rekod yang mengandungi butir-butir orang yang telah masuk Islam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah 24;

“Jabatan” ertinya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan;

P.U. (A) 170 6

“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf yang ditubuhkan di bawah kaedah 5;

“mualaf” ertinya seseorang yang telah masuk Islam mengikut seksyen 86 Akta;

“Pendaftar Mualaf” ertinya seseorang yang telah dilantik oleh Majlis di bawah seksyen 88 Akta;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf di bawah kaedah 7;

“Perakuan Masuk Islam” ertinya suatu perakuan yang dikeluarkan kepada orang yang telah masuk Islam di bawah seksyen 90 Akta.