Skip to content

Seksyen 6

Fungsi Jawatankuasa

of Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Cara Pendaftaran, Jagaan dan Pengajaran Mualaf) 2013

P.U. (A)In forceProvision 6 of 34
Seksyen 6

Jawatankuasa hendaklah mempunyai fungsi seperti yang berikut:

(a)

menasihati Majlis dalam apa-apa perkara yang berhubung dengan pendaftaran, jagaan dan pengajaran bagi mualaf;

(b)

memantau pelaksanaan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan hal ehwal mualaf;

(c)

menyemak dan memperakukan laporan tahunan berkaitan dengan hal ehwal mualaf sebelum dikemukakan kepada Majlis;

(d)

memperakukan apa-apa cadangan aktiviti tahunan Jabatan yang berkaitan dengan hal ehwal mualaf sebelum dikemukakan kepada Majlis;

(e)

mencadangkan kepada Majlis apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan hal ehwal mualaf; dan

(f)

menerima dan melaksanakan apa-apa arahan yang diberikan oleh Majlis dari semasa ke semasa.