Malaysia legislation

Section 30

of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (JAWATANKUASA KARIAH) 2019

Seksyen 30

Pengerusi hendaklah mempunyai kewajipan untuk—

(a)

mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kariah dan Mesyuarat Tahunan;

P.U. (A) 352 19

(b)

mengawal kewangan masjid sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis;

(c)

mengawal, memantau dan mengawasi kelakuan baik anak kariah masjid dalam perkara yang berhubungan dengan agama Islam bersama-sama dengan anggota Jawatankuasa Kariah;

(d)

melaporkan kepada Jabatan apa-apa perkara berbangkit di kariah itu yang patut dimaklumkan kepada Jabatan dengan segera;

(e)

mengawal selia dan memastikan bahawa kewajipan semua

Jawatankuasa Kecil Kariah telah dijalankan dengan sepatutnya;

(f)

mengawal dan mentadbir semua harta masjid bersama-sama dengan

Jawatankuasa Kecil Kariah;

(g)

memastikan bahawa peruntukan dalam Kaedah-Kaedah ini dipatuhi; dan

(h)

menjalankan kewajipan lain sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis atau

Jabatan dari semasa ke semasa.

Kewajipan Timbalan Pengerusi

Section 30 — KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (JAWATANKUASA KARIAH) 2019