Malaysia legislation

Section 40

of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (JAWATANKUASA KARIAH) 2019

Seksyen 40

Kecualian dan peralihan

(1)

Mana-mana orang yang telah dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Kariah di bawah

Kaedah-Kaedah

Jawatankuasa

Kariah

Wilayah

Persekutuan 1987

(“Kaedah-Kaedah yang dibatalkan”) hendaklah, pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Kaedah-Kaedah ini, disifatkan telah dilantik dengan sewajarnya di bawah

Kaedah-Kaedah ini dan hendaklah terus memegang jawatan itu hingga dibatalkan atau meletak jawatan atau ditamatkan atau sehingga habis tempoh pelantikan jawatan anggota itu di bawah Kaedah-Kaedah yang dibatalkan.

(2)

Segala harta, kuasa, hak, keistimewaan, liabiliti, obligasi dan kewajipan yang sebaik sebelum Kaedah-Kaedah ini mula berkuat kuasa ada pada Jawatankuasa Kariah yang ditubuhkan di bawah Kaedah-Kaedah yang dibatalkan hendaklah, pada atau selepas

Kaedah-Kaedah ini mula berkuat kuasa, berpindah kepada dan terletak hak pada

Jawatankuasa Kariah yang ditubuhkan di bawah Kaedah-Kaedah ini.

(3)

Apa-apa dokumen, keputusan, arahan, penyata, bayaran, laporan audit yang telah diputuskan sebelum permulaan kuat kuasa Kaedah-Kaedah ini hendaklah, apabila

P.U. (A) 352 24

Kaedah-Kaedah ini mula berkuat kuasa, terus sah dan mengikat sehingga ia dibatalkan oleh Majlis.

(4)

Apa-apa aduan yang diterima di bawah

Kaedah-Kaedah yang dibatalkan yang—

(a)

belum selesai dan belum diputuskan; atau

(b)

yang telah selesai tetapi belum diputuskan, sebaik sebelum Kaedah-Kaedah ini mula berkuat kuasa hendaklah, pada atau selepas

Kaedah-Kaedah ini mula berkuat kuasa, diuruskan di bawah Kaedah-Kaedah ini.

P.U. (A) 352 25