Skip to content

Seksyen 11

of Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pendaftaran dan Pengawalseliaan Sekolah Agama Islam) 2025

P.U. (A)In forceProvision 11 of 45

Seksyen 11

(1)

Setiausaha yang dilantik di bawah subkaedah 6(1) hendaklah menjadi

Ketua Pendaftar.

(2)

Majlis boleh melantik apa-apa bilangan Pendaftar dan Penolong Pendaftar dalam kalangan orang yang berkhidmat dalam perkhidmatan Hal Ehwal Islam atau perkhidmatan pendidikan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Majlis.

(3)

Tertakluk kepada arahan dan kawalan Ketua Pendaftar dan apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Ketua Pendaftar, seseorang Pendaftar atau

Penolong Pendaftar boleh menjalankan apa-apa kuasa Ketua Pendaftar di bawah

Kaedah-Kaedah ini.