Skip to content

Seksyen 12

Tanggungjawab Pendaftar

of Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pendaftaran dan Pengawalseliaan Sekolah Agama Islam) 2025

P.U. (A)In forceProvision 12 of 45
Seksyen 12

(1)

Pendaftar hendaklah bertanggungjawab untuk perkara seperti yang berikut:

P.U. (A) 169 12

(a)

untuk mendaftarkan suatu sekolah agama Islam jika permohonan bagi pendaftarannya telah diluluskan di bawah kaedah 24;

(b)

untuk memastikan bahawa semua sekolah agama

Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan ditadbir dengan sepatutnya;

(c)

untuk mengawal selia dan memantau Jemaah Pengurusan;

(d)

untuk mengesyorkan apa-apa tindakan yang sesuai diambil terhadap sekolah agama Islam yang melanggar Kaedah-Kaedah ini kepada Jawatankuasa;

(e)

untuk mengemukakan laporan bertulis mengenai hal ehwal sekolah agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan kepada

Jawatankuasa sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap enam bulan;

(f)

untuk menasihati atau mengesyorkan apa-apa tindakan yang boleh diambil oleh sekolah agama Islam berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh Nazir Sekolah; dan

(g)

untuk melaksanakan apa-apa kewajipan yang diarahkan oleh

Jawatankuasa dari semasa ke semasa.

(2)

Pendaftar hendaklah bertindak di bawah arahan dan kawalan Jawatankuasa.