Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
Pemeriksaan sekolah agama Islam yang berdaftar
(1)
Pendaftar, Nazir Sekolah atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh
Majlis semasa menjalankan suatu pemeriksaan di bawah perenggan 15(a) dan kaedah 16, boleh memasuki mana-mana bahagian premis dan memeriksa apa-apa buku, dokumen, bahan media elektronik atau barang lain yang difikirkan perlu olehnya.
(2)
Pendaftar, Nazir Sekolah atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh
Majlis, dalam menjalankan pemeriksaan di bawah subkaedah (1), boleh diiringi oleh mana-mana orang lain yang difikirkan perlu olehnya.
(3)
Mana-mana orang yang ada dalam milikan atau kawalannya apa-apa buku, dokumen, bahan media elektronik atau barang lain yang berhubungan dengan pengurusan atau pengajaran yang dijalankan di sekolah agama Islam hendaklah mengemukakan buku, dokumen, bahan media elektronik atau barang lain itu bagi pemeriksaan apabila diminta oleh Pendaftar, Nazir Sekolah atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Majlis.
P.U. (A) 169 15
(4)
Walau apa pun subkaedah (3), Pendaftar boleh menyita, memindahkan atau menahan apa-apa buku, dokumen, bahan media elektronik atau barang lain yang pada pendapatnya memudaratkan kepentingan awam atau murid atau yang boleh menjadi keterangan pelakuan suatu kesalahan di bawah Kaedah-Kaedah ini atau
Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559].
Pemeriksaan sekolah agama Islam yang tidak berdaftar