Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
(1)
Jemaah Pengurusan hendaklah bertanggungjawab bagi pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah agama Islam.
(2)
Jemaah Pengurusan hendaklah—
(a)
mentadbir dan menyenggara sekolah agama Islam mengikut surat cara pengurusannya;
(b)
mematuhi apa-apa arahan Pendaftar; dan
(c)
menyenggara rekod yang sepatutnya mengenai—
(i)
butir-butir guru dan kakitangan sekolah agama Islam;
(ii)
butir-butir murid sekolah agama Islam;
(iii)
sumber kewangan dan perbelanjaan sekolah agama Islam;
(iv)
kurikulum dan kokurikulum sekolah agama Islam;
(v)
yuran pengajian sekolah agama Islam; dan
(vi)
apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Pendaftar.
(3)
Jemaah Pengurusan boleh melantik apa-apa bilangan guru dan kakitangan yang perlu bagi maksud kaedah ini.
(4)
Walau apa pun subkaedah (3), pelantikan guru dan kakitangan sekolah agama Islam yang ditubuhkan oleh Majlis atau Jabatan Agama Islam
Wilayah
Persekutuan hendaklah masing-masing dibuat oleh
Majlis atau
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
P.U. (A) 169 18