Seksyen 25
Dokumen atau maklumat tambahan
P.U. (A)In forceProvision 25 of 45
Seksyen 25
(1)
Pendaftar boleh, selepas menerima suatu permohonan di bawah subkaedah 24(2), meminta pemohon untuk memberi Pendaftar, dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu, apa-apa dokumen atau maklumat tambahan mengenai permohonan itu.
(2)
Jika dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subkaedah (1) tidak diberikan oleh pemohon dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan atau dalam apa-apa pelanjutan masa yang diberikan oleh Pendaftar,
P.U. (A) 169 20
permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak lagi boleh diteruskan, tetapi tanpa menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu.