Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
Permohonan bagi pendaftaran
(1)
Jemaah Pengurusan hendaklah memohon bagi pendaftaran sekolah agama Islam kepada Jawatankuasa mengikut cara sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Jawatankuasa.
(2)
Tiap-tiap permohonan bagi pendaftaran hendaklah disertakan dengan—
(a)
kelulusan atau dokumen sokongan daripada pihak berkuasa tempatan bahawa premis sekolah agama Islam itu boleh digunakan sebagai suatu sekolah;
(b)
kelulusan atau dokumen sokongan daripada pihak berkuasa yang berkenaan bahawa premis sekolah agama Islam itu telah memenuhi piawaian kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan;
(c)
butir-butir mengenai anggota Jemaah Pengurusan bagi sekolah agama Islam itu;
(d)
maklumat mengenai sumber kewangan sekolah agama Islam itu; dan
(e)
apa-apa maklumat atau dokumen lain yang difikirkan perlu oleh
Jawatankuasa.
(3)
Permohonan di bawah subkaedah (1) hendaklah disertakan dengan fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
P.U. (A) 169 19
(4)
Jawatankuasa hendaklah setelah menerima permohonan, mengarahkan
Pendaftar memeriksa premis sekolah agama Islam itu untuk memastikan sama ada atau tidak premis itu mempunyai keperluan dan kemudahan asas yang mencukupi sebagai suatu sekolah dan Pendaftar hendaklah mengemukakan dapatannya kepada Jawatankuasa.
(5)
Selepas mempertimbangkan permohonan itu, Jawatankuasa boleh—
(a)
meluluskan permohonan itu, dengan atau tanpa syarat, dan mengeluarkan perakuan pendaftaran sekolah agama Islam itu kepada pemohon mengikut cara sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Jawatankuasa selepas fi pendaftaran sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual dibayar; atau
(b)
menolak permohonan itu dan menyatakan alasan penolakan itu kepada pemohon secara bertulis.
(6)
Mana-mana sekolah agama islam yang tidak mematuhi kaedah 23
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Dokumen atau maklumat tambahan