Malaysia legislation
Section 13
of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (WAKAF) 2025
Seksyen 13
(1)
Tiada seorang pun boleh memungut, menerima, mengurus, mentadbir atau membangunkan mawquf, atau mengagihkan manfaat mawquf, bagi pihak Majlis di Wilayah-Wilayah Persekutuan melainkan jika dia telah dilantik sebagai mutawalli atau qayyim, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh Jawatankuasa Wakaf.
(2)
Mana-mana mutawalli atau qayyim yang hendak mengagihkan mana-mana mawquf di luar Wilayah-Wilayah Persekutuan hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Jawatankuasa Wakaf.
(3)
Mana-mana syarikat, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang yang lain layak memohon untuk dilantik sebagai mutawalli atau qayyim jika mana-mana syarikat, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang yang lain itu berdaftar di Malaysia dan menjalankan aktiviti atau perniagaan yang tidak bertentangan dengan
P.U. (A) 445 13
Hukum Syarak dan permohonan hendaklah dibuat kepada Jawatankuasa Wakaf mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa Wakaf.
(4)
Jawatankuasa Wakaf boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan mutawalli atau qayyim.
Tanggungjawab mutawalli dan qayyim