Skip to content

Seksyen 14

Tanggungjawab mutawalli dan qayyim

of Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Wakaf) 2025

P.U. (A)In forceProvision 14 of 36
Seksyen 14

(1)

Mutawalli hendaklah bertanggungjawab untuk melaksanakan semua fungsi yang berikut:

(a)

memungut dan menerima apa-apa mawquf;

(b)

mengurus, mentadbir dan membangunkan apa-apa mawquf; dan

(c)

mengagihkan apa-apa manfaat mawquf.

(2)

Mutawalli boleh mewujudkan apa-apa produk wakaf dengan kelulusan

Jawatankuasa Wakaf.

(3)

Qayyim hendaklah bertanggungjawab untuk melaksanakan mana-mana satu atau dua fungsi yang berikut:

(a)

memungut dan menerima apa-apa mawquf;

(b)

mengurus, mentadbir dan membangunkan apa-apa mawquf; atau

(c)

mengagihkan apa-apa manfaat mawquf.

(4)

Mutawalli dan qayyim hendaklah melaporkan semua aktiviti yang dilaksanakan kepada Jawatankuasa Wakaf.

P.U. (A) 445 14