Skip to content

Seksyen 15

Pentadbir

of Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Wakaf) 2025

P.U. (A)In forceProvision 15 of 36
Seksyen 15

(1)

Seseorang waqif boleh, dengan kelulusan Jawatankuasa

Wakaf, melantik mana-mana orang sebagai pentadbir untuk menguruskan mawqufnya.

(2)

Seseorang itu layak untuk menjadi pentadbir jika—

(a)

dalam hal seorang individu—

(i)

dia beragama Islam;

(ii)

dia telah mencapai umur lapan belas tahun; dan

(iii)

dia merupakan warganegara Malaysia; dan

(b)

dalam hal suatu syarikat, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang yang lain, ia berdaftar di Malaysia dan menjalankan aktiviti atau perniagaan yang tidak bertentangan dengan Hukum Syarak.

(3)

Seseorang waqif boleh, dengan kelulusan Jawatankuasa

Wakaf, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan pentadbir.