Malaysia legislation

Section 17

of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (WAKAF) 2025

Seksyen 17

Seseorang waqif hendaklah memenuhi syarat yang berikut:

(a)

dalam hal seorang individu—

(i)

dia telah mencapai umur lapan belas tahun;

(ii)

dia seorang yang sempurna akal;

(iii)

dia tidak dihukum sebagai bankrap yang belum dilepaskan; dan

(iv)

bertindak dengan kerelaannya sendiri; dan

(b)

dalam hal suatu syarikat, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang yang lain—

(i)

ia diperbadankan, ditubuhkan atau didaftarkan di Malaysia atau di luar Malaysia;

(ii)

ia tidak digulungkan atau pendaftarannya tidak dibatalkan atau ditarik balik, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(iii)

ia tidak menjalankan aktiviti atau perniagaan yang bertentangan dengan Hukum Syarak.

Syarat mawquf

Section 17 — KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (WAKAF) 2025