Malaysia legislation

Section 26

of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (WAKAF) 2025

Seksyen 26

(1)

Seseorang waqif boleh mewujudkan suatu wakaf secara wasiat dan melantik wasi untuk melaksanakan atau menyempurnakan wakaf secara wasiat itu selepas kematiannya.

(2)

Wasi hendaklah dilantik oleh waqif dalam kalangan orang Islam, badan atau syarikat yang diharuskan oleh Hukum Syarak dan wasi itu hendaklah menyempurnakan wakaf itu selepas kematian waqif.

(3)

Jika tiada wasi dilantik oleh waqif, mana-mana orang yang berkepentingan boleh memohon kepada Mahkamah bagi pelantikan wasi.

(4)

Wakaf secara wasiat kepada waris hendaklah tertakluk kepada persetujuan semua waris.

P.U. (A) 445 19

(5)

Wakaf secara wasiat kepada bukan waris hendaklah tidak melebihi satu pertiga daripada harta waqif setelah ditolak hutang dan apa-apa tanggungan mengikut Hukum Syarak melainkan dengan persetujuan semua waris.

(6)

Jika seseorang waqif menyerahkan hartanya sebagai suatu wakaf kepada warisnya di bawah subkaedah (4) atau kepada bukan warisnya melebihi satu pertiga daripada hartanya di bawah subkaedah (5), wasi hendaklah, selepas kematian waqif, mendapatkan persetujuan semua waris bagi maksud melaksanakan wakaf secara wasiat itu.

(7)

Jika wasi tidak melaksanakan wakaf secara wasiat itu selepas kematian waqif, mana-mana orang yang berkepentingan boleh memohon suatu perintah

Mahkamah terhadap wasi bagi melaksanakan wakaf secara wasiat itu.

(8)

Apabila perintah pelaksanaan yang disebut dalam subkaedah (7) itu diterima, wasi hendaklah melaksanakan wakaf mengikut wasiat itu.

(9)

Bagi maksud kaedah ini—

(a)

“orang yang berkepentingan” ertinya mana-mana orang yang mempunyai kepentingan terhadap suatu mawquf secara wasiat;

(b)

“wasi” ertinya seseorang pelaksana wakaf secara wasiat yang dilantik melalui wasiat atau dilantik oleh Mahkamah.

Waris dan bukan waris sebagai mawquf ‘alaih

Section 26 — KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (WAKAF) 2025