Skip to content

Seksyen 25

Wakaf secara ta’liq

of Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Wakaf) 2025

P.U. (A)In forceProvision 25 of 36
Seksyen 25

(1)

Seseorang waqif boleh mewujudkan suatu wakaf secara ta’liq yang hendaklah mula berkuat kuasa apabila berlakunya syarat yang dinyatakan oleh waqif itu semasa hayatnya dengan syarat bahawa syarat itu tidak bertentangan dengan

Hukum Syarak.

(2)

Suatu wakaf secara ta’liq adalah tidak sah jika waqif itu meninggal dunia sebelum syarat yang dinyatakan dalam ta’liq itu dipenuhi.

(3)

Jika seseorang waqif mewujudkan suatu wakaf secara ta’liq kepada warisnya untuk disempurnakan selepas kematiannya, wakaf itu hendaklah tertakluk kepada persetujuan semua waris selepas kematian waqif.

(4)

Sekiranya seseorang waqif mewujudkan suatu wakaf secara ta’liq kepada bukan waris supaya disempurnakan selepas kematiannya, wakaf itu tidak boleh melebihi satu pertiga daripada harta waqif setelah ditolak hutang dan apa-apa tanggungan mengikut Hukum Syarak melainkan dengan persetujuan semua waris.