Seksyen 28
Wakaf tunai
of Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Wakaf) 2025
P.U. (A)In forceProvision 28 of 36
Seksyen 28
(1)
Majlis, mutawalli dan qayyim boleh menerima wakaf tunai daripada mana-mana orang, pertubuhan atau institusi bagi maksud wakaf ‘am atau wakaf khas.
(2)
Bagi maksud kaedah ini, “wakaf tunai" ertinya penyerahan apa-apa wang tunai, nilaian emas, nilaian hasil atau yang seumpamanya oleh mana-mana orang bagi maksud wakaf ‘am atau wakaf khas.