Seksyen 2
Pindaan kaedah 2
of Kaedah-Kaedah Perhutanan Negara (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025
Kaedah-Kaedah
Perhutanan
Negara
(Wilayah
Persekutuan)
2019
[P.U. (A) 180/2019], yang disebut “Kaedah-Kaedah ibu” dalam Kaedah-Kaedah ini, dipinda dalam kaedah 2—
(a)
dengan memasukkan sebelum takrif “Pengarah Tanah dan Galian”
takrif yang berikut:
‘ “Jawatankuasa” ertinya suatu jawatankuasa yang menjalankan siasatan awam di bawah kaedah 10;’; dan
(b)
dengan memasukkan selepas takrif “perakuan pembersihan hutan”
takrif yang berikut:
‘ “Pengarah Perhutanan bagi Wilayah Persekutuan” ertinya
Pengarah Perhutanan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
P.U. (A) 50 3
Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dilantik oleh Menteri menurut seksyen 3 Akta;
“pernyataan mengenai pengeluaran kawasan tanah yang dicadangkan” ertinya suatu pernyataan bertulis yang mengandungi butir-butir berkenaan dengan kawasan tanah yang dicadangkan untuk dikeluarkan daripada suatu hutan simpanan kekal;’.