Skip to content

Seksyen 4

Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan memasukkan selepas kaedah 10

of Kaedah-Kaedah Perhutanan Negara (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025

P.U. (A)In forceProvision 4 of 4
Seksyen 4

kaedah yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 10A

“Siasatan awam adalah terbuka dan umum

Suatu siasatan awam hendaklah terbuka kepada orang awam yang terjejas dengan cadangan untuk mengeluarkan kawasan tanah daripada suatu hutan simpanan kekal.

P.U. (A) 50 4

Quoted provision

Seksyen 10B

Cadangan untuk mengeluarkan tanah daripada hutan simpanan kekal

(1)

Mana-mana orang yang mencadangkan suatu kawasan tanah untuk dikeluarkan daripada suatu hutan simpanan kekal, cadangan itu hendaklah dibuat secara bertulis dan dikemukakan kepada Pengarah Perhutanan bagi Wilayah Persekutuan.

(2)

Selepas menerima cadangan di bawah subkaedah

(1)

,

Pengarah Perhutanan bagi Wilayah Persekutuan hendaklah merujuk cadangan itu kepada kementerian, jabatan, agensi yang berkaitan atau mana-mana pihak lain yang berkaitan untuk ulasan.

(3)

Kementerian, jabatan, agensi yang berkaitan atau pihak lain yang berkaitan yang kepadanya cadangan di bawah subkaedah (2) dirujuk hendaklah menghantar ulasan kepada Pengarah Perhutanan bagi Wilayah Persekutuan dalam masa sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah Perhutanan bagi Wilayah Persekutuan.

Penyediaan pelan kawasan tanah yang dicadangkan untuk dikeluarkan daripada hutan simpanan kekal

Quoted provision

Seksyen 10C

(2)

Pengarah Perhutanan bagi Wilayah Persekutuan hendaklah menyebabkan salinan pelan kawasan tanah yang dicadangkan untuk dikeluarkan daripada hutan simpanan kekal dan pernyataan mengenai pengeluaran kawasan tanah yang dicadangkan itu dipamerkan di pejabat Pengarah Perhutanan bagi

Wilayah Persekutuan atau tempat lain sebagaimana yang difikirkannya sesuai bagi maksud pemeriksaan awam yang akan dibuat selepas suatu notis siasatan awam disiarkan di bawah kaedah 10E.

P.U. (A) 50 5

Quoted provision

Seksyen 10D

Publisiti siasatan awam

(1)

Pengarah Perhutanan bagi Wilayah Persekutuan hendaklah membuat publisiti mengenai niat untuk mengeluarkan kawasan tanah daripada suatu hutan simpanan kekal dengan apa-apa cara sebagaimana yang difikirkannya sesuai tidak kurang daripada tujuh hari bekerja sebelum suatu notis siasatan awam disiarkan mengikut kaedah 10E.

(2)

Publisiti di bawah subkaedah (1) hendaklah mengandungi maklumat seperti yang berikut:

(a)

tujuan mengeluarkan kawasan tanah itu daripada hutan simpanan kekal; dan

(b)

tarikh notis siasatan awam itu akan disiarkan.

Quoted provision

Seksyen 10E

Penyiaran notis siasatan awam

(1)

Pengarah Perhutanan bagi Wilayah Persekutuan hendaklah menyiarkan suatu notis siasatan awam untuk memaklumkan orang awam berkenaan dengan kawasan tanah yang dicadangkan untuk dikeluarkan daripada suatu hutan simpanan kekal—

(a)

dalam sekurang-kurangnya dua surat khabar tempatan, satu daripadanya hendaklah disiarkan dalam bahasa kebangsaan; atau

(b)

dalam apa-apa medium lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah Perhutanan bagi Wilayah Persekutuan dalam bahasa kebangsaan.

(2)

Notis siasatan awam hendaklah dibuat dalam Borang F sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

P.U. (A) 50 6

Quoted provision

Seksyen 10F

Bantahan terhadap cadangan untuk mengeluarkan tanah daripada hutan simpanan kekal

(1)

Mana-mana orang yang terjejas dengan cadangan untuk mengeluarkan kawasan tanah daripada suatu hutan simpanan kekal boleh mengemukakan bantahan secara bertulis kepada Pengarah Perhutanan bagi

Wilayah Persekutuan dalam masa tiga puluh hari bekerja dari tarikh penyiaran notis siasatan awam di bawah kaedah 10E.

(2)

Bantahan bertulis di bawah subkaedah (1) hendaklah dibuat dalam

Borang G sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Quoted provision

Seksyen 10G

Penyampaian bantahan bertulis

Bantahan bertulis yang dibuat dalam Borang G hendaklah disampaikan kepada Pengarah Perhutanan bagi Wilayah Persekutuan sama ada melalui penyampaian kediri, melalui pos berdaftar, atau melalui komunikasi elektronik.

Quoted provision

Seksyen 10H

Laporan awal mengenai bantahan bertulis

Pengarah Perhutanan bagi Wilayah Persekutuan hendaklah menyediakan suatu laporan awal yang menyatakan apa-apa bantahan bertulis yang telah dikemukakan di bawah kaedah 10F dalam masa tiga puluh hari bekerja selepas tamat tempoh pengemukaan bantahan bertulis di bawah subkaedah 10F(1)

dan hendaklah mengemukakan laporan awal itu kepada Jawatankuasa.

Quoted provision

Seksyen 10I

Penjalanan pendengaran siasatan awam

Jawatankuasa hendaklah menjalankan pendengaran siasatan awam dalam masa tiga puluh hari bekerja selepas tamat tempoh pengemukaan laporan awal mengenai bantahan bertulis di bawah kaedah 10H.

Quoted provision

Seksyen 10J

Notis pendengaran siasatan awam

(1)

Sebelum pendengaran siasatan awam, Jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya suatu notis pendengaran siasatan awam disampaikan kepada orang yang telah mengemukakan bantahan bertulis di bawah kaedah 10F.

P.U. (A) 50 7

(2)

Notis pendengaran siasatan awam di bawah subkaedah (1)

hendaklah mengandungi maklumat seperti yang berikut:

(a)

fakta bahawa pendengaran siasatan awam akan dijalankan bagi kawasan tanah yang dicadangkan untuk dikeluarkan daripada hutan simpanan kekal;

(b)

masa dan tempat pendengaran siasatan awam akan dijalankan; dan

(c)

kehendak yang menghendaki orang yang membantah pengeluaran kawasan tanah yang dicadangkan daripada hutan simpanan kekal supaya hadir pendengaran siasatan awam.

Quoted provision

Seksyen 10K

Pendengaran siasatan awam

(1)

Jawatankuasa hendaklah memberikan mana-mana orang yang telah mengemukakan bantahan bertulis di bawah kaedah 10F peluang untuk didengar semasa pendengaran siasatan awam, sama ada secara sendiri atau melalui wakilnya, dan mengemukakan apa-apa keterangan, sama ada lisan atau melalui dokumen.

(2)

Jawatankuasa boleh, jika difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian, menangguhkan pendengaran siasatan awam.

Quoted provision

Seksyen 10L

Laporan siasatan awam

(1)

Jika tiada bantahan bertulis diterima di bawah kaedah 10F,

Jawatankuasa hendaklah, dalam masa tiga puluh hari bekerja selepas tamat tempoh pengemukaan laporan awal di bawah kaedah 10H atau selepas laporan awal diterima oleh Jawatankuasa, yang mana lebih awal, mengemukakan laporan siasatan awam yang mengandungi kawasan tanah yang dicadangkan untuk dikeluarkan daripada suatu hutan simpanan kekal berserta dengan syor oleh

Jawatankuasa kepada Menteri untuk suatu keputusan sama ada untuk

P.U. (A) 50 8

mengeluarkan kawasan tanah yang dicadangkan itu daripada hutan simpanan kekal atau tidak.

(2)

Selepas pendengaran siasatan awam di bawah kaedah 10K selesai,

Jawatankuasa hendaklah dalam masa tiga puluh hari bekerja menyediakan suatu laporan siasatan awam berserta dengan syor oleh Jawatankuasa dan hendaklah mengemukakan laporan itu kepada Menteri untuk suatu keputusan sama ada untuk mengeluarkan kawasan tanah yang dicadangkan itu daripada hutan simpanan kekal atau tidak.

(3)

Laporan di bawah subkaedah (1) dan (2) hendaklah termasuk ulasan yang diterima daripada kementerian, jabatan, agensi yang berkaitan dan pihak lain yang berkaitan di bawah subkaedah 10B(3).

Quoted provision

Seksyen 10M

Keputusan Menteri

(1)

Setelah menerima laporan dan syor daripada Jawatankuasa,

Menteri boleh—

(a)

meluluskan cadangan untuk mengeluarkan kawasan tanah daripada hutan simpanan kekal dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Menteri; atau

(b)

menolak cadangan itu dan menyatakan alasan penolakan.

(2)

Selepas keputusan dibuat di bawah perenggan

(1)

(a)

,

Pengarah Perhutanan bagi Wilayah Persekutuan hendaklah—

(a)

menghantar suatu salinan kelulusan berserta dengan pelan kawasan yang menunjukkan sempadan luar kawasan tanah yang akan dikeluarkan daripada hutan simpanan kekal kepada Pengarah Ukur dan Pemetaan bagi maksud menyediakan pemberitahuan dalam

Warta menurut seksyen 13 Akta; dan

P.U. (A) 50 9

(b)

menyediakan suatu pemberitahuan untuk mengeluarkan kawasan tanah daripada hutan simpanan kekal bagi maksud penyiaran dalam Warta.

(3)

Bagi maksud perenggan (1)(a), Menteri boleh memberikan kebenaran kepada Pengarah Perhutanan bagi Wilayah Persekutuan untuk mengambil hasil hutan mengikut perenggan 16(a) Akta sebelum pengeluaran kawasan tanah daripada hutan simpanan kekal.

(4)

Jika

Menteri menolak pengeluaran kawasan tanah yang dicadangkan daripada hutan simpanan kekal, kawasan tanah itu hendaklah kekal sebagai hutan simpanan kekal.”.

Pindaan Jadual Pertama 5.

Jadual Pertama kepada Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan memasukkan selepas

Borang E borang yang berikut:

P.U. (A) 50 10

“BORANG F

[Subkaedah 10E(2)]

NOTIS CADANGAN UNTUK MENGELUARKAN KAWASAN

TANAH DARIPADA HUTAN SIMPANAN KEKAL

Dengan ini diberitahu bahawa terdapat cadangan untuk mengeluarkan kawasan tanah daripada hutan simpanan kekal .................................................... yang mempunyai butir-butir dan maksud seperti yang berikut:

Daerah

:

.......................................................

Mukim

:

.......................................................

No. Pelan

:

.......................................................

Kawasan

:

.......................................................

Tujuan

:

.......................................................

………………………………..

Pengarah Perhutanan bagi Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan

P.U. (A) 50 11

BORANG G

[Subkaedah 10F(2)]

BORANG BANTAHAN

Nama (Individu/

Organisasi)

:

…………….................................................................................

Alamat

:

…………….................................................................................

…………….................................................................................

…………….................................................................................

Nombor telefon/

Nombor telefon bimbit

:

…………….................................................................................

Alamat e-mel

:

…………….................................................................................

Perkara

:

…………….................................................................................

Alasan

:

…………….................................................................................

Tarikh

:

…………….................................................................................

Nota: Sila gunakan lampiran berasingan jika ruangan tidak mencukupi

………………………………..

(tandatangan)

Bantahan secara bertulis hendaklah dibuat kepada:

Pengarah Perhutanan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan

Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan

Lot 231, Jalan Ampang, Bukit Nanas 50450 Kuala Lumpur, Malaysia.

E-mel: jpwkl@forestry.gov.my

”.

P.U. (A) 50 12

Dibuat 31 Januari 2025

[NRES.BPBP.

(S)

600-2/4/1; PN(PU2)411/JLD.6]

NIK NAZMI BIN NIK AHMAD

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam

P.U. (A) 50 13

NATIONAL FORESTRY ACT 1984

NATIONAL FORESTRY (FEDERAL TERRITORIES) (AMENDMENT) RULES 2025