Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Tertakluk kepada kaedah 2, mana-mana orang yang berikut layak dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah:
(a)
seorang peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi di Malaya atau Mahkamah Tinggi di Sabah atau Sarawak yang telah menjalankan amalan selama tujuh tahun;
(b)
seorang pegawai awam yang disahkan dalam jawatannya;
(c)
seorang pegawai badan berkanun; atau
(d)
seorang yang daripada pengalamannya yang lepas, sebagai pegawai awam atau selainnya adalah disifatkan sebagai orang yang layak dan sesuai untuk dilantik.
(2)
Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan boleh, mengubah suai perenggan 2(b) dan (c), dan menimbangkan permohonan di bawah perenggan 2(e)
berkenaan dengan mana-mana orang yang bermastautin di Sabah atau Sarawak.
7