Seksyen 2
Seseorang itu layak dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah jika dia—
of Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018
P.U. (A)In forceProvision 2 of 4
Seksyen 2
(a)
seorang warganegara Malaysia;
(b)
mempunyai kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setara dengannya;
(c)
telah mencapai umur dua puluh satu tahun tetapi belum mencapai umur enam puluh enam tahun;
(d)
seorang yang berkelakuan baik;
6
(e)
fasih dalam bahasa kebangsaan;
(f)
sihat dari segi fizikal dan mental;
(g)
tidak pernah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(h)
tidak pernah ditahan di bawah mana-mana undang-undang pencegahan; dan
(i)
tidak pernah diisytiharkan bankrap.