Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Tafsiran
(1)
Dalam Kaedah-Kaedah ini—
“membuat publisiti” ertinya menjadikan diketahui umum melalui apa-apa perantaraan dan termasuklah—
(a)
apa-apa bentuk atau perantaraan sama ada dalam bentuk bercetak atau elektronik;
(b)
apa-apa pendedahan, sama ada dibayar atau tidak, dalam apa-apa perantaraan umum;
(c)
apa-apa kehadiran termasuk dalam seminar, persidangan atau forum; dan
P.U. (A) 462 4
(d)
apa-apa hubungan dengan bakal klien yang dimulakan oleh atau bagi pihak orang itu.
“prinsip utama” ertinya prinsip utama sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah 4;
(2)
Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, apa-apa sebutan mengenai “orang’’
dalam Kaedah-Kaedah ini disifatkan sebagai sebutan mengenai—
(a)
peguam bela dan peguam cara;
(b)
peguam asing;
(c)
firma guaman Malaysia yang peguam bela dan peguam cara itu menjalankan amalan;
(d)
perkongsian antarabangsa; dan
(e)
firma guaman asing berkelayakan.
Prinsip utama