Skip to content

Seksyen 5

of Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Publisiti) 2025

P.U. (A)In forceProvision 5 of 9

Seksyen 5

(1)

Mana-mana orang tidak boleh membuat publisiti amalannya mengikut cara yang boleh atau boleh dengan munasabah dianggap sebagai mengelirukan, memperdayakan, palsu, menyinggung, dilarang oleh undang-undang atau menjejaskan martabat dan kedudukan profesion undang-undang atau yang menyebabkan atau dijangka akan menyebabkan profesion undang-undang dipandang hina.

(2)

Bagi maksud subkaedah (1), publisiti mengelirukan, memperdayakan, palsu atau menjejaskan martabat dan kedudukan profesion undang-undang, jika publisiti itu—

(a)

mengandungi suatu salah nyata yang material;

(b)

meninggalkan suatu fakta material;

(c)

mengandungi maklumat yang tidak dapat ditentusahkan; atau

(d)

mungkin mewujudkan jangkaan yang tidak berjustifikasi mengenai keputusan yang boleh dicapai oleh orang itu.