Skip to content

Seksyen 4

Prinsip utama

of Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Publisiti) 2025

P.U. (A)In forceProvision 4 of 9
Seksyen 4

Mana-mana orang yang membuat publisiti amalannya tidak boleh menjejaskan martabat dan kedudukan profesion undang-undang dan hendaklah mematuhi prinsip utama seperti yang berikut yang termasuklah:

(a)

orang itu hendaklah bertindak dengan integriti;

(b)

orang itu hendaklah bertindak untuk kepentingan terbaik bagi setiap klien;

dan

(c)

orang itu hendaklah bertindak mengikut cara yang akan mempertahankan kepercayaan dan keyakinan yang diletakkan oleh klien dan orang awam pada orang itu dan dalam profesion undang-undang.

P.U. (A) 462 5

Publisiti yang mengelirukan, memperdayakan, palsu, dsb.