Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(1)
Mana-mana orang boleh mendakwa pengkhususan dalam publisitinya tetapi tidak boleh mendakwa sebagai pakar dalam mana-mana bidang amalan.
(2)
Jika orang di bawah subkaedah (1) mendakwa pengkhususan dalam publisitinya, orang itu hendaklah memastikan bahawa dakwaan itu boleh dijustifikasikan.
(3)
Bagi maksud subkaedah (2), faktor seperti yang berikut hendaklah diambil kira dalam mewajarkan apa-apa dakwaan pengkhususan:
(a)
kelayakan akademik peguam bela dan peguam cara atau peguam asing dalam suatu firma guaman Malaysia, perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan, mengikut mana-mana yang berkenaan;
P.U. (A) 462 6
(b)
pengalaman peguam bela dan peguam cara atau peguam asing dalam suatu firma guaman Malaysia, perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(c)
perkadaran masa yang digunakan oleh orang itu dalam bidang pengkhususan itu;
(d)
tahap kejayaan yang dicapai oleh orang itu dalam bidang pengkhususan itu; dan
(e)
apa-apa perkara lain sebagaimana yang boleh ditentukan dan diumumkan oleh Majlis Peguam sebagai relevan, melalui pekelilingnya dari semasa ke semasa.
Perbandingan atau kritikan orang lain dan rujukan kepada kes yang menyebabkan berlakunya pelanggaran kerahsiaan 7.
Mana-mana orang tidak boleh dalam mana-mana publisiti—
(a)
menyatakan fi yang dikenakan oleh orang itu untuk perkhidmatannya;
(b)
membuat apa-apa perbandingan atau kritikan berhubung dengan fi yang dikenakan atau kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh mana-mana orang lain; dan
(c)
membuat apa-apa rujukan secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana kes yang orang itu telah bertindak bagi mana-mana pihak kepada kes itu dan bahawa yang pemberian maklumat berhubung dengan kes itu akan menyebabkan berlakunya pelanggaran kerahsiaan kepada mana-mana klien atau bekas klien.
P.U. (A) 462 7
Publisiti di luar Malaysia