Malaysia legislation

Section 9

of KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PUBLISITI) 2025

Seksyen 9

(1)

Mana-mana orang hendaklah bertanggungjawab, setakat yang publisiti itu adalah atau patut berada dalam kawalannya, untuk memastikan bahawa mana-mana publisiti yang berhubungan dengannya atau amalannya dilakukan mengikut

Kaedah-Kaedah ini, sama ada publisiti itu dilakukan oleh orang itu, mana-mana pekerja orang itu atau mana-mana pihak yang bertindak bagi pihak orang itu.

(2)

Sekiranya terdapat apa-apa pertanyaan atau isu berkenaan dengan publisitinya, ia hendaklah menjadi tanggungjawab orang itu untuk memuaskan hati

Majlis Peguam bahawa publisitinya mematuhi prinsip utama.

(3)

Jika mana-mana orang menyedari apa-apa ketidaksopanan dalam mana-mana publisiti yang berhubungan dengannya atau amalannya, orang itu hendaklah bertanggungjawab, setakat ia berada atau sepatutnya berada dalam kawalannya, untuk menggunakan usahanya dengan bersungguh-sungguh untuk membetulkan atau menarik balik publisiti itu, dan orang itu hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa Majlis Peguam dimaklumkan secara bertulis berkenaan dengan perkara itu.

P.U. (A) 462 8

(4)

Jika Majlis Peguam mendapati bahawa mana-mana publisiti yang berhubungan dengan mana-mana orang adalah berlawanan dengan Kaedah-Kaedah ini,

Majlis Peguam boleh, tanpa menjejaskan kuasanya yang lain di bawah Akta, selepas membuat siasatan yang sewajarnya berkenaan dengan publisiti itu, mengarahkan orang itu, untuk mengubah, mengubah suai, menarik balik, menghapuskan atau menghentikan publisiti itu.

Pembatalan

Section 9 — KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PUBLISITI) 2025