Malaysia legislation

Section 11

of KAEDAH-KAEDAH PUSAT SIBER DAN KAFE SIBER (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2012

Seksyen 11

(1)

Pemegang lesen hendaklah mengadakan dan menyelenggara suatu rekod kemasukan pelanggan dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar.

11

(2)

Datuk Bandar boleh pada bila-bila masa memeriksa rekod berkenaan dan pemegang lesen hendaklah mengemukakan rekod berkenaan apabila diminta berbuat demikian.

(3)

Mana-mana pemegang lesen yang melanggar kaedah ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, dikenakan denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Rekod penggunaan komputer

Section 11 — KAEDAH-KAEDAH PUSAT SIBER DAN KAFE SIBER (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2012