Skip to content

Seksyen 11

Rekod kemasukan pelanggan

of Kaedah-Kaedah Pusat Siber dan Kafe Siber (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2012

P.U. (A)In forceProvision 10 of 23
Seksyen 11

(1)

Pemegang lesen hendaklah mengadakan dan menyelenggara suatu rekod kemasukan pelanggan dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar.

11

(2)

Datuk Bandar boleh pada bila-bila masa memeriksa rekod berkenaan dan pemegang lesen hendaklah mengemukakan rekod berkenaan apabila diminta berbuat demikian.

(3)

Mana-mana pemegang lesen yang melanggar kaedah ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, dikenakan denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.