Malaysia legislation

Section 12

of KAEDAH-KAEDAH PUSAT SIBER DAN KAFE SIBER (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2012

Seksyen 12

(1)

Pemegang lesen hendaklah menyediakan dan menyelenggara rekod penggunaan untuk setiap komputer yang ditentukan di bawah perenggan 4(4)(b) di premis berlesennya yang hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

(a)

nama dan nombor kad pengenalan pengguna atau nombor pasport bagi pengguna yang bukan warganegara;

(b)

nombor telefon pengguna;

(c)

pengenalan komputer yang digunakan;

(d)

tarikh, masa dan tempoh penggunaan komputer tersebut; dan

(e)

apa-apa maklumat tambahan lain yang pemegang lesen fikirkan perlu.

(2)

Datuk Bandar boleh pada bila-bila masa memeriksa rekod berkenaan dan pemegang lesen hendaklah mengemukakan rekod berkenaan apabila diminta berbuat demikian.

12

(3)

Mana-mana pemegang lesen yang melanggar kaedah ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, dikenakan denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Daftar pekerja

Section 12 — KAEDAH-KAEDAH PUSAT SIBER DAN KAFE SIBER (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2012