Skip to content

Seksyen 13

Daftar pekerja

of Kaedah-Kaedah Pusat Siber dan Kafe Siber (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2012

P.U. (A)In forceProvision 12 of 23
Seksyen 13

(1)

Pemegang lesen hendaklah mengadakan suatu buku daftar yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan, alamat kediaman terkini, kelayakan, gambar dan apa-apa butiran lain yang berkaitan dengan pekerjanya dan hendaklah mengemukakan buku daftar itu pada bila-bila masa untuk pemeriksaan apabila diminta oleh Datuk Bandar.

(2)

Mana-mana pemegang lesen yang melanggar kaedah ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, dikenakan denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.