Malaysia legislation
Section 17
of KAEDAH-KAEDAH PUSAT SIBER DAN KAFE SIBER (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2012
Seksyen 17
(1)
Pemegang lesen premis berlesen hendaklah memastikan bahawa―
(a)
pencahayaan yang mencukupi dan bersesuaian terdapat di dalam premisnya;
(b)
terdapat pengalihan udara yang mencukupi di dalam premisnya;
(c)
lataran tangga, tangga, jalan lalu, laluan keluar dan laluan kecemasan yang menjadi sebahagian daripada premisnya disediakan dengan pencahayaan yang mencukupi dan bebas daripada segala halangan; dan
(d)
kelengkapan mencegah kebakaran dipasang di dalam premisnya dan disenggarakan dalam keadaan baik.
(2)
Mana-mana pemegang lesen yang melanggar kaedah ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, dikenakan denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
15
Kehendak kebersihan dan penyenggaraan premis