Seksyen 20
Sekatan tidak dibenarkan
of Kaedah-Kaedah Pusat Siber dan Kafe Siber (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2012
P.U. (A)In forceProvision 19 of 23
Seksyen 20
(1)
Pemegang lesen premis berlesen tidak boleh menyekat keseluruhan atau membenarkan penyekatan keseluruhan ruang-ruang yang menempatkan komputer yang disediakan untuk kegunaan pelanggannya di dalam premis berlesennya.
(2)
Mana-mana pemegang lesen yang melanggar kaedah ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, dikenakan denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.