Malaysia legislation

Section 18

of KAEDAH-KAEDAH PUSAT SIBER DAN KAFE SIBER (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2012

Seksyen 18

(1)

Pemegang lesen hendaklah―

(a)

memastikan semua kelengkapan mekanikal atau elektrik yang digunakan di dalam premisnya disenggara dalam keadaan baik dan sentiasa selamat untuk digunakan;

(b)

menjaga semua kawasan, bahagian hadapan dan ruang terbuka yang menjadi sebahagian daripada premisnya supaya berada dalam keadaan bersih;

(c)

menyediakan tong sampah yang mencukupi di premisnya; dan

(d)

menyediakan kemudahan tandas yang mencukupi dan memastikan tandas sentiasa dalam keadaan bersih.

(2)

Mana-mana pemegang lesen yang melanggar kaedah ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, dikenakan denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Waktu perniagaan

Section 18 — KAEDAH-KAEDAH PUSAT SIBER DAN KAFE SIBER (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2012